Friday, 25 November 2011

KATA NAMA KHAS



Kata Nama Khas

1.    Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama    
       sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2.    Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang  tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

 a)     benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah
 b)     orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long
 c)      binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,
 d)     tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)



Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas



Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasik
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasik Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi





LATIHAN
Pilih dan tuliskan jawapan yang sesuai.
1.  Alan membeli sepasang kasut__________di kedai kasut Bata.
A     Melaka          B   Adidas           C   Rahim            D    Si putih
2.  Wei Qian memelihara seekor kucing yang bernama________.
    A    Si Tompok     B    Encik Abu     C   Deepavali      D   Pahang
3.  Sekolah saya akan mengadakan lawatan ke _______.
    A    tandas           B    Zoo Negara   C   Krismas        D   Ramlah
4.  Orang ________menyambut Hari Raya Puasa pada bulan Syawal.
    A   Ismail             B    pelajar            C   Cina             D   Islam
5.  Bapa bercadang hendak membeli kereta ________.
    A   Seremban      B   Bata                C   Honda City     D   Si Tompok


Thursday, 24 November 2011

TATABAHASA ~ KATA NAMA AM

 
Tatabahasa - Kata Nama
KATA NAMA
Terbahagi kepada lima iaitu :-
a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan


Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.


Manusia , orang
adik, perempuan, kerani, posmen, guru, doktor, askar
binatang
ayam, gajah, kerbau kucing, kuda, burung, ikan
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang,durian
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motosikal, pisau, buku,
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, klinik


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a)       konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat
            dilihat
(b)       abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama  
    terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

     buai    ‑           buaian
     tua      ‑           ketua
     raja      ‑           kerajaan
     tahu    ‑           pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:


Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat


LATIHAN
A) Isikan kata nama am di tempat kosong.
posmen
kucing
Kapal terbang
kubis
klinik

1.  Pak Samad sedang menanam sayur _________ di belakang rumahnya.
2.  _________kesayangan Ariana bernama Si Combi.
3.  Ibu membawa adik ke __________kerana giginya sakit.
4.  __________menghantar surat dengan menunggang motosikal.
5.  Abang pergi ke Pulau Langkawi dengan menaiki ____________.


B) Gariskan kata nama am dan tulis di ruang yang disediakan.
1. Pekebun itu sedang memetik sayur-sayuran di kebun.  ( ________ , _________ )
2. Buah durian yang gugur telah dipungut oleh adik.         ( ________ , _________ )
3. Pada masa lapang,abang gemar bermain komputer.    ( ________ , _________ )
4.  Jari Raju luka kerana terkena pisau yang tajam.          ( ________ , _________ )
5.  Rumah banglo di atas bukit itu sangat cantik.              ( ________ , _________ )

BAHASA MALAYSIA