Tatabahasa - Kata Nama
KATA NAMA
Terbahagi kepada lima iaitu :-
a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang | adik, perempuan, kerani, posmen, guru, doktor, askar |
binatang | ayam, gajah, kerbau kucing, kuda, burung, ikan |
tumbuh- tumbuhan | pokok, betik, rumput, lalang,durian |
benda | pasir, kayak, radio, rumah. Motosikal, pisau, buku, |
tempat | pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, klinik |
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat
dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai ‑ buaian
tua ‑ ketua
raja ‑ kerajaan
tahu ‑ pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. | Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. | Pada awal ayat |
LATIHAN
A) Isikan kata nama am di tempat kosong.
posmen | kucing | Kapal terbang | kubis | klinik |
1. Pak Samad sedang menanam sayur _________ di belakang rumahnya.
2. _________kesayangan Ariana bernama Si Combi.
3. Ibu membawa adik ke __________kerana giginya sakit.
4. __________menghantar surat dengan menunggang motosikal.
5. Abang pergi ke Pulau Langkawi dengan menaiki ____________.
B) Gariskan kata nama am dan tulis di ruang yang disediakan.
1. Pekebun itu sedang memetik sayur-sayuran di kebun. ( ________ , _________ )
2. Buah durian yang gugur telah dipungut oleh adik. ( ________ , _________ )
3. Pada masa lapang,abang gemar bermain komputer. ( ________ , _________ )
4. Jari Raju luka kerana terkena pisau yang tajam. ( ________ , _________ )
5. Rumah banglo di atas bukit itu sangat cantik. ( ________ , _________ )
No comments:
Post a Comment