Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk | contoh kata Ganti Diri kedua | |||
Tunggal | tuanku, awak, kamu, anda, engkau | |||
Jamak | kalian | |||
Kata Ganti Diri Kedua | Penggunaannya | |||
anda (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita | |||
awak (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita | |||
engkau (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubung- annya dengan kita dan dengan Tuhan juga | |||
tuanku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja | |||
kalian (jamak) | digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap | |||
kamu (tunggal dan jamak) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita | |||
Contoh ayat yang menggunkan kata ganti diri kedua
1. Bilakah awak akan datang ke sini lagi?
2. Kamu semua adalah murid yang baik.
3. "Engkau hendak ke mana?" tanya Mei Li kepada Roslan.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Saudara telah memenangi hadiah itu.
No comments:
Post a Comment