Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
| di awal kata | pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- |
| di akhir kata | -ita, -man, -wati, -an, dan -wan |
| di awal dan di akhir kata | per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an, pem-….-an, pe-….-an, dan ke-…-an |
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
| kelas kata | kata dasar | kata terbitan |
| kata kerja | peraga latih bawa lawan | peragawati latihan pembawaan perlawanan |
| kata sendi | oleh untuk | perolehan peruntukan |
| kata nama | lombong rumah guru | perlonbongan perumahan perguruan |
| kata adjektif | cantik besar tinggi | kecantikan pembesar ketinggian |
LATIHAN
Gariskan kata nama terbitan yang sesuai pada ayat yang diberi.
1. Peter sedang (menyusun, membakar ) buku di atas almari.
2. (Simpanan ,Pameran ) buku akan diadakan di dewan sekolah.
3. Wajah Puan Rani kelihatan ceria apabila mendengar (kejayaan ,
kehilangan )adiknya.
4. Kita mesti menjaga ( kebersihan , kesayangan ) bilik darjah.
5. Pada musim hujan,kita tidak ( dibenarkan , dimasukkan ) bermain di tepi sungai.
6. Jangan (bersenam , berkawan ) dengan budak-budak yang nakal.
No comments:
Post a Comment