Tuesday, 6 December 2011

KATA GANTI NAMA


Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

2.         Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)       kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)       kata ganti diri singkat;
(c)        kata ganti tanya;
(d)       kata ganti tempat; dan
(e)       kata ganti tak tentu.


Gantinama Diri

Kata Ganti Diri  Pertama
1.         Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.         Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.



Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta
temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua



Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak


Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang




No comments:

Post a Comment