Kata Tanya
1. Kata tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda | Orang | Tempat | Masa | Hal | Bilangan | |||
apakah | siapakah | manakah | bilakah | bagaimanakah kenapakah mengapakah | berapakah | |||
Kata Tanya | Penggunaannya | |||||||
apa | digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan | |||||||
siapa | digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang | |||||||
mana | digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat | |||||||
Contoh ayat
1. Bilakah kamu bersenam di padang ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Berapakah harga pen ini ?
4. Apakah haiwan peliharaan kamu?
5. Abang bermain bola keranjang dengan siapa ?
LATIHAN
Berdasarkan soalan-soalan serta jawapan yang diberi,gariskan kata Tanya yang betul.
1. ( Siapa , Apa , Bagaimana ) kah cita-cita kamu?
Cita-cita saya ialah menjadi seorang jurutera.
2. ( Apa , Berapa , Mengapa ) kah murid-murid beratur di kantin?
Murid-murid beratur di kantin kerana ingin membeli makanan.
3. ( Mengapa , Siapa , Di mana ) kah mereka sedang berbual-bual?
Mereka sedang berbual-bual di bawah pokok.
4. ( Berapa , Bila , Apa ) kah peperiksaan akhir tahun akan diadakan?
Peperiksaan akhir tahun akan diadakan pada minggu depan.
5. ( Apa , Siapa , Bila ) kah telah menjuarai pertandingan itu?
Kiat Wei telah menjuarai pertandingan itu.
No comments:
Post a Comment