Tuesday, 6 December 2011

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA


Kata Ganti Nama Diri Ketiga

kata ganti nama diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti nama diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.



Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang



Contoh ayat yang menggunakan kata ganti nama diri ketiga.


1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.


kata Sang Murba kepada Sang Samba.


7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut‑pengikutnya.


Ringkasan


Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka


LATIHAN
A )  Gariskan kata ganti nama diri yang sesuai.
1.  “ Kenapakah ( awak , nya , saya ) lewat hari ini?” tanya Cikgu Zaitun.
2.  ( Mereka , Beliau , Saya ) akan merasmikan pelancaran Program Tunas Jaya.
3.  ( Kami , Awak , Kamu ) bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu.
4. Sultan akan melawat ke luar Negara. ( Anda , Baginda , Beta ) akan berangkat esok.
5.  “Siapa menconteng buku ( kamu , mereka , ia ) ? “ tanya Kamal kepada Tan.

B ) Pilih jawapan yang sesuai.
1.  ___________ merupakan seorang raja yang adil lagi bijaksana.
A   Beliau               B   Dia               C    Mereka           D    Baginda
2. ___________ ialah pemain bola jaring yang akan bertanding pada malam ini.
A   Kita                   B   Mereka        C   Saudara           D   Beta
3. “ Di manakah letaknya rumah _________?” tanya Kim Boon kepada Sim.
A   awak                B   aku               C   kami                D   tuanku
4.  “________ mestilah menjadi rakyat Malaysia yang berguna,”kata Cikgu Ani kepada
      murid-murid Tahun 4.
    A   Engkau               B   Beliau           C   Mereka        D   Kita


No comments:

Post a Comment